Teman2 Blogspot

Dunia Facebook...

tip kebahagian

 Tip Kebahagian Rumahtangga - 8P
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama। Beliau berkata,
kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama,(solat) dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.




 

 








  • Sediakan sarapan,kalau tidak mampu(malas) secawan air panas untuk suami.
  • Semasa suami keluar,tunggu dimuka pintu sambil berdoa didalam hati supaya jauhkan godaan syaitan dan manusia.Serta berilah ikatan kasih sayang suami pada keluarga...
  • Bila suami pulang atau kita sama balik dari keje atau dari mana2 berilah segelas air kosong dan selawat...(walaupun kita penat,berbakti pada suami,besar pahalanya)
  • Jikalau kita berlainan adat dan negeri, belajar masakan dari negeri suami kita....walaupun tidak sedap...kalau hari2 buat bole sedap...
  • Selalu puji suami...dan berilah hadiah...walaupun suami tidak bagi hadiah...kesan nya amat mendalam buat suami...
  • Sentiasa minta maaf kalau kita buat silap dan kesalahan...
  • Kalau boleh sentiasa manja dan penyayang....suami akan cair tau!!!
  • Kalau bole masak la kat umah...wpun penat balik dari keje...sbb air tangan isteri begitu magic....
  • bila nak masak selawat dan niat kerana Allah,rumahtangga pasti....lihatlah...kerahmatan Allah mencurah-curah tau..
  • Solat jgn tinggal...Sesekali ajak suami solat jemaah...Solat penting...Hubungan ALLAH ngan makhluknya penting...
  • Aurat sebagai isteri jaga...pakai tudung la yea...Suami dalam hal nie ambik berat....Suami akan dipersoalkan oleh Allah tentang solat dan aurat isterinya...Penulis juga dulu tidak bertudung...tapi....dinasihat leh suambi kita kena laksanakan lah..
  • selalu ucapkan sayang pada suami...
  • panggilan suami....lebih elok panggil Sayang,Hubby,Abang dan Special Nama antara kamu berdua...jauhkan panggil suami 'awak','nama suami',boroi,hitam,keding dan macam2 lagi....
  • jgn aibkan suami pada kawan2,jiran tetangga dan ahli keluarga kita serta keluarga suami...
  • jangan mengungkit setiap pemberian kita...nanti susah...
  • sayang ibu mertua kita...mcm kita sayang ibu kita sendiri.
  • Perdengarkan rumah kita dengan bacaan AlQuran...rahmat Allah turun dan malaikat datang berduyun duyun
  • Ada duit lebih pergi bercuti...
  • Pakaian tido biarlah seksi...bila di rumah kita la yea..jgn rumah mak mertua pulak..
  • Isteri kalau kat umah pakai lah cantik2 mcm baju kurung ke,blouse ke....jgn asyik pakai kain batik dan t-shirt je...jangan nak berjalan-jalan baru nak cantik2..









Tips Mengambil Hati Pasangan
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami:
Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri:
Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda. Temani isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Lebih banyak tips akan ditambah. Anda juga boleh mendapatkan buku
Tips kebahagiaan rumahtangga oleh Ustazah Siti Nurbahyah yang di dalamnya terkandung 23 bab sarat dengan pengisian dan juga teknik urutan cakar harimau dan urutan labah-labah (bab 6) yang hangat diperkatakan.

Tiada ulasan: