Teman2 Blogspot

Dunia Facebook...

persediaan untuk menyambut bayi anda...


PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT BAYI ANDA








Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda(Dari Rumah Ke Wad Bersalin) Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu..Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.

Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:

Untuk Anda:
1. Kad Rawatan Bulanan
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Maternity Panty
5. Sanitary Pad
6. Baju Panas7. Stokin

8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9. Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas

Untuk Bayi:
1. Baju Lengan Panjang/Pendek
2. Seluar Panjang/Pendek
3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers
6. Selimut @ kot bayi
7. Tuala
8. Sabun Bayi
9. Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. Krim Bayi

**Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)...jgn bawak mcm nak duduk terus pulak....He..he..he..