Teman2 Blogspot

Dunia Facebook...

Lihat Botol Susu Anak Anda !! No.7 ???

Terima kasih Wanita Hari Ini di TV3 sbb meletakkan link Kementerian Kesihatan Malaysia  (www.moh.gov.my)

no7...bahaya..



Perihal tentang kesedaran botol susu yg mengandungi Bisphenol A (BPA). ..Sebelum aku x berapa faham dengan perkataan nie...Tiba tiba je hari ini nk ambik tahu... Demi kesihatan&keselamatan anak, aku klik link nie dan mula membaca...Jadi aku pun membuat pemeriksaan botol anak ku yg  terdapat label dibawahnya... Botol tertera no.7,7PC DAN 7 OTHER..cuma satu botol yg aku baru beli tertera no.5PP...

Jadi aku ambik inisiatif untuk tidak pakai lg sbb sudah menjangkau setahun lebih...Rasa sayang nak buang tu mmg ada, tapi tidak elok utk dipakai lg..Cuma sebelum nie aku just tukar puting botol untuk kebersihan terpelihara serta kesesuaian umur dan peringkat...

Jadi pada ibubapa lihat label dibawah botol susu dulu sebelum memilih produk botol  demi menjamin kesihatan&keselamatan bayi atau kanak2..Susu ibu juga yg baik&selamat...Allah amat sayangkan hambanya...Jadi selepas ini elok la bg susu badan...Aku ingatkan pada diriku dan ibu2 diluar sana...

Teringat rakan sekerja dulu nama dia Nordiana Nordin.Kakak nie pun ada akaun facebook jugak...Dulu masa dia ada anak  kecik waktu  rehat mesti asben dia jemput balik untuk susukan bayinya supaya sihat dan cergas...Jadi kos beli susu dan kos perubatan tidak ada dlm list kehidupan nya...dia gigih dan semangat untuk bagi yg terbaik untuk anaknya...Aku respect semangat kakak ni...


Inilah gambar2 botol susu anak ku.....

4 botol susu Basit
3botol nie mengandungi Bisphenol A (BPA). lg pun nie hadiah org bg..

Botol susu bebas Bpa (5pp)



PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 
  2. Nombor 7 dan PC 
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Tiada ulasan: