Teman2 Blogspot

Dunia Facebook...

Memaparkan catatan dengan label gejala sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gejala sosial. Papar semua catatan

Kes Buang Bayi Lagi....


Bayi ditemui dalam tong sampah



BOGOR: Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui dalam tong sampah di depan sebuah rumah di kompleks perumahan Rimba Mulya di sini, semalam.
Bayi itu ditemui masih hidup dengan tali pusatnya masih belum dipotong Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke hospital, kata Ketua Polis Bogor Barat, Hida TJ.

Menurutnya, polis dan pihak berkuasa tempatan melancarkan siasatan terhadap kes itu, termasuk memeriksa wanita di kawasan berkenaan yang hamil baru-baru ini.

Bunuh Bayi Terlarang

Sumber:
Oleh Ahmad Ismail




SEGAMAT: Panik sebaik melahirkan bayi hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, seorang remaja berusia 15 tahun sanggup menekap mulut bayinya sehingga lemas dan kemudian menyoroknya di bawah katil dalam bilik tidur di rumahnya.
Malah, dia yang bersalin berseorangan dalam bilik tidur di rumahnya di Palong 1, Gemas, sanggup menarik keluar bayi daripada kandungan bagi mempercepatkan kelahiran, kerana bimbang tangisan bayi itu didengari keluarga. 
Bagaimanapun, kejadian berlaku jam 11.30 pagi 30 November lalu akhirnya diketahui juga keluarga apabila dia mengalami tumpah darah sehingga mukanya menjadi pucat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, bimbangkan kesihatan anak yang semakin lemah, ibu bapa remaja berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong..


“Bagaimanapun, petugas di klinik berkenaan kemudian meminta remaja terbabit menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah,” katanya.